TARIKH HARI INI DAN WAKTU KETIKA INI
Web ini dikemaskini pada :
02.10.2014 Tuan/Puan yang dihormati, Pihak pentadbir sistem akan sentiasa mengemaskini laman web ini bagi memberi info dan maklumat terkini kepada tuan/puan. InsyaAllah web ini akan dikemaskini paling tidak seminggu sekali, InsyaAllah. Kepada mana-mana penduduk Taman Serai Permai yang mempunyai bahan sama ada artikel, berita atau gambar untuk dikongsikan bersama di dalam laman web ini,bolehlah diemelkan kepada [email protected] Pihak kami akan mewujudkan ruangan baru "DARI PENDUDUK" untuk menyiarkan artikel tuan/puan itu. Terima kasih. VIDEO ZON KULIAH
- Video pilihan Zon Kuliah sekitar utara tanahair. Terkini - Forum "Mengapa Hudud?" 8/6/2014 KULIAH AKAN DATANG
6.10.2014 - Ustaz Izafri Ahmad
7.10.2014 - Ustaz Supian Latif 10.10.2014 - Ustaz Sidek Noor 11.10.2014 - USTAZ SHAHRIL LONG Lain-lain : Klik di sini
Ustaz Shahril Long
Yuran Tahunan 2014 berjumlah RM36.00 setahun (atau RM18.00 setengah tahun) boleh dijelaskan mulai sekarang. Kerjasama tuan/puan amat diharapkan bagi membantu pihak AJK dalam menguruskan pentadbiran surau dan menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan bagi kebaikan kita semua. Tuan/puan juga boleh menjelaskan baki Yuran Tahunan 2013 yang tertunggak. Semoga INFAK yang kita dermakan ALLAH S.W.T akan membalasnya dengan ganjaran yang BERLIPAT ganda. Sila berhubung dengan pihak AJK seperti tercatat DI SINI untuk menjelaskan yuran tahunan surau. Terima kasih.
TUAN/PUAN KETUA RUMAH PENDUDUK ISLAM TAMAN SERAI PERMAI DIMINTA MENGISI BORANG MAKLUMAT KETUA RUMAH. SILA KLIK DI SINI
|
Pengerusi dan AJK Surau Al-Faizin mengalu-alukan kedatangan tuan/puan untuk melayari web Surau Al-Faizin ini. Pihak kami juga amat mengharapkan kehadiran tuan/puan ke majlis ilmu yang dianjurkan dan kepada penduduk-penduduk Taman Serai Permai khususnya marilah kita Bersama Mengimarahkan Surau.
_Alhamdullillah
hasrat kita yang sekian lama untuk melihat terbinanya sebuah surau di
Taman Serai Permai ini akhirnya telah dimakbulkan oleh Allah. Tanpa
bantuan dari tuan/puan, hasrat untuk mendirikan sebuah surau di taman
kita ini mungkin tidak akan kesampaian. Berbagai halangan dan susah
payah terpaksa dilalui dalam merealisasikan kewujudan sebuah surau di
taman kita - tempat kita beribadat, berkumpul dan mengeratkan ukhwah dan
silaturrahim.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan Pengurusan Surau yang telah bekerja keras ke hulu ke hilir bagi mencari dana bagi pembinaan surau. Komitmen AJK Pembinaan dan Pengurusan Surau yang bekerja tanpa mengira waktu, wang ringgit dan habuan amatlah dihargai. Hanya Allah S.W.T sahajalah yang dapat membalasnya. Begitu juga bagi para penderma baik dari orang perseorangan mahupun dari agensi-agensi kerajaan dan swasta, pihak AJK Surau mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan yang berganda kalau tidak di dunia, insyaAllah kita akan memperolehinya di akhirat kelak. Kepada semua penduduk Islam Taman Serai Permai, marilah sama-sama kita mengimarahkan Surau Al-Faizin yang telah terdiri indah ini. Berilah kerjasama yang terbaik kepada AJK Surau 2012 - 2013 yang telah dilantik dalam Mesyuarat Agung Pertama pada 13 Januari 2012 lalu. Ketepikan sentimen politik, terimalah dengan hati yang terbuka. Sesiapa sahaja yang telah dilantik, terimalah amanah yang diberikan. Kita amat mengharapkan keikhlasan semua pihak baik AJK yang telah dilantik mahupun penduduk Islam Taman Serai Permai, marilah sama-sama kita bekerja bagi menjadikan Surau Al-Faizin kita yang indah ini penuh dengan keberkatannya, jemaahnya sentiasa ramai dan program ilmunya sentiasa mendapat sambutan. Insya-Allah. Sejarah Pembinaan... Info bulan Zulhijjah Bulan Zulhijjah adalah salah satu diantara empat bulan haram. Bulan-bulan haram ialah bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab. Bulan Zulhijjah adalah kemuncak bulan haji. Zulhijjah sendiri membawa erti "bulan haji". Sejak dari zaman sebelum Rasulullah SAW lagi umat manusia telah mengerjakan haji di bulan Zulhijjah. Peristiwa-peristiwa bulan Zulhijjah Sejarah telah merakam berbagai peristiwa yang berlaku di bulan Zulhijjah. Umat Islam telah melalui berbagai pengalaman suka, duka, senang, susah, menang, kalah, untung dan rugi di bulan ini. Baca seterusnya... TERIMA KASIH
Pengerusi dan AJK Surau Al-Faizin ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jemaah surau dan orang ramai yang telah memberi sumbangan bagi pembelian Paparan LED. Semoga Allah memberi pahala berlipat ganda kepada tuan/puan. KOLAH WUDUK LELAKI
Alhamdulillah! Pembinaan kolah wuduk bagi mengatasi masalah tekanan air rendah apabila ramai yang mengambil wuduk serentak di paip air yang disediakan telah siap dibina pada 4 Julai 2013. Pembinaan kolah lengkap berbumbung ini mengambil masa selama seminggu sahaja untuk disiapkan. Pihak AJK Surau Al-Faizin berharap dengan terbinanya kolah ini akan memudahkan jemaah surau untuk mengambil wuduk. |
SEMBAHYANGLAH ANDA DI BELAKANG IMAM SEBELUM ANDA DISEMBAHYANGKAN DI HADAPAN IMAM
Seseorang yang hari ini LEBIH BAIK dari semalam, ia orang yang BERJAYA
Seseorang yang hari ini SAMA dengan hari semalam, ia orang yang SIA-SIA Seseorang yang hari ini LEBIH BURUK dari hari semalam, ia orang yang CELAKA Mudah-mudahan kita semua di kalangan golongan yang pertama itu...Amin. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.
Al-'Asr : Ayat 1 - 3 Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.
Al-Baqarah : Ayat 103 |
Hakcipta Terpelihara Surau Al-Faizin 2012 |