Sejarah Pembinaan Surau Al-Faizin
Surau Taman Serai Permai telah dimulakan pembinaannya pada tahun 2010 di atas tapak rizab surau Lot nombor 18472 & 18473 dengan keluasan tapak 2094 meter persegi. Pada bulan Januari 2006 kutipan untuk membina surau telah dimulakan. Proses untuk mengumpul dana mengambil masa yang lama. Hampir empat tahun wang sumbangan orang ramai dikumpulkan.
Akhirnya AJK Pembinaan dan Pengurusan Surau Taman Serai Permai yang ketuai oleh Tuan Haji Ishak bin Haji Nafiah telah memutuskan untuk mendirikan juga bangunan walaupun dana yang telah dikumpul hanya setakat RM80K sahaja. Dengan itu kerja-kerja awal pembinaan telah dimulakan pada bulan Julai 2010. Hanya selepas rangka bangunan didirikan, barulah sumbangan datang mencurah-curah. Ini semua adalah ketentuan dan perancangan Allah SWT yang terbaik.
Alhamdullillah pada bulan Ogos 2011 ketika umat Islam mahu menyambut kedatangan bulan Ramadan 1432H, surau ini telah dapat digunakan untuk aktiviti sembahyang jemaah dan terawih. Walaupun ketika itu status pembinaan belum siap sepenuhnya ; hanya sekitar 95%, masyarakat Islam Taman Serai Permai tetap bersyukur kerana dapat berjemaah di surau baru yang telah lama dinantikan kewujudannya. Surau ini telah siap sepenuhnya pada bulan September 2011. Hanya sedikit infrastruktur yang masih belum siap seperti tar, kolah wuduk dan landskap.
Surau ini dengan rasminya telah dinamakan Surau Al-Faizin yang bermaksud "KEMENANGAN". Kemenangan dalam ertikata masyarakat Islam Taman Serai Permai telah berjaya mendirikan sebuah surau. Terima kasih kepada Tuan Haji Ishak, pengerusi surau kerana telah memilih nama yang indah ini. Semoga "KEMENANGAN" ini juga akan membawa kemenangan kepada pihak AJK Surau dan masyarakat Islam Taman Serai Permai khususnya dalam menjadikan surau ini berimarah dan penuh dengan keberkatan. Marilah kita "Bersama Mengimarahkan Surau". :

Maklumat Pembinaan Surau Al-Faizin
|
|