BAB 2 : WUDUK
Permasalahan :- 1. Berwuduk Dalam Keadaan Terlanjang
2. Berwuduk Dalam Keadaan Tangan Bersimen 3. Ukuran Mata Kaki Dalam Wuduk 4. Mandi Wajib Tanpa Wuduk |
1. Berwuduk Dalam Keadaan Terlanjang
SOALAN :
Apa hukum mengambil wuduk tanpa menutup aurat atau bertelanjang?
JAWAPAN :
Sarjana fikah yang muktabar melarang perbuatan bertelanjang ketika mengambil wuduk. Tetapi dibenarkan bertelanjang semasa mandi wajib. Bagaimanapun, wuduk yang diambil dalam keadaan telanjang itu adalah sah.

2. Berwuduk Dalam Keadaan Tangan Bersimen
SOALAN :
Saya keliru dengan ambil wuduk dalam keadaan tangan bersimen. Adakah saya perlu berwuduk seperti biasa (membasuh muka sehingga ke kaki) kemudian bertayamum semula? Ataupun, saya bertayamum pada tangan yang bersimen sahaja?
JAWAPAN :
Sekiranya simen ada pada tangan kanan, mulakan dengan berwuduk dahulu, iaitu basuh muka. Kemudian tayamum pada tangan kanan bersimen. Selepas tayamum, sambung semula wuduk dengan membasuh tangan kiri. Kemudian sapu kepala, telinga dan basuh kaki seperti biasa.
(Rujukan Kitab Fiqh Manhaji Doktor Mustaffa Al-Bugho)

3. Ukuran Mata Kaki Dalam Wuduk
SOALAN :
Apakah yang dimaksudkan dengan mata kaki dalam bab wuduk?
JAWAPAN :
Mata kaki ialah buku lali iaitu bulatan tulang yang timbul pada kedua belah kaki. Wajib membasuh dari hujung jari melebihi kedua-dua buku lali itu ketika mengambil wuduk.

4. Mandi Wajib Tanpa Wuduk
SOALAN :
Apakah sempurna mandi junub (wajib) tanpa berwuduk?
JAWAPAN :
Mandi bererti mengangkat hads besar yang ada pada seseorang, sedangkan mengambil wuduk bererti mengangkat hadas kecil. Sesiapa berhadas besar, maka wajib mandi hadas supaya hadas besar itu terangkat daripadanya dan sunat dia mengambil wuduk.
Hukum mengambil wuduk baginya tidak wajib kerana apabila berniat mengangkat hadas besar ketika mandi itu, hadas kecinya juga terangkat sama.
Hasilnya, seorang yang melakukan mandi wajib tidak lagi perlu mengambil wuduk bagi mengerjakan solat melainkan berlaku perkara yang membatalkan wuduk selepas mandi itu.